Artikel ini dipetik daripadalaman web ustz Zaharuddin Abdul Rahman.
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
oleh epondok
Memakai pakaian yang menutup aurat meletakkan wanita sebagai seorang yang menjaga harga diri sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh dari lelaki. Sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut, kulit kepala dan sebagainya. Begitu juga umat yang sentiasa menutup auratnya insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang yang kerap menghinggapi wanita yang sering mendedahkan diri atau aurat mereka kepada cahaya matahari. Pada tahun 1998 sahaja seramai 2000 wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit jenis ’sguamous cell carcinoma’. Nisbah kemungkinan manusia khasnya wanita dihinggapi penyakit kanser kulit berwarna atau ’melanomia’ di Amerika Syarikat ialah setiap 75 orang maka seorang terkena penyakit tersebut. Setiap arahan Allah ada hikmatnya yang tersendiri untuk kebaikan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di akhirat. Islamlah nescaya kita hebat dan sihat. Firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahlu:
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya
Hukum Tabarruj atau Berhias Berlebihan Bagi Perempuan
1. Bulu kening-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)-”Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian-”Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada-”Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)
5. Gigi-’Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-”Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan-”Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata-”Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)-”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan-”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-”Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-”Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian-”Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-”Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-”Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).
12. Rambut-”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.
2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan
3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru
4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar
5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal
6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu
7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get)
8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca
9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu
10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah
Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu sedangkan kamu menjaga harta dan ilmu bertambah jika disiarkan sedangkan harta berkurang jika dibelanjakan
- Saidina Ali bin Abi Talib-
Remaja kadang-kadang terlupa, bukan diri mereka seorang yang berhadapan masalah kronik dan unik. Semua lapisan individu yang hidup di dunia ini pasti melalui satu fasa di mana masalah yang tidak diundang bakal mendatang. Terpulang kepada kebijaksanaan diri untuk mencari jalan penyelesaian. Bukan melarikan diri tetapi menghadapinya. Bagi merungkai segala pertanyaan mengenai isu kali ini iaitu Tekanan, Ditekan atau Tarik Perhatian? Ikuti temubual dengan Prof. Madya Hj. Md Izzudin Hj.Ali, Perunding Motivasi yang lebih dikenali sebagai Prof. Izzi untuk berkongsi tips berhadapan kemelut paling mendebarkan iaitu tekanan.
Soalan : Definisi tekanan atau stress?
Prof. Izzi : Tekanan atau stress merupakan tindakbalas badan terhadap sesuatu yang tidak disenangi atau mengganggu titik perseimbangan hidup kita. Ia boleh bersifat negatif atau positif. Stress yang keterlaluan boleh memberikan kesan negatif seperti menjadi gila, membunuh diri dan lain-lain lagi perbuatan tidak sewajarnya. Manakala stress yang positif pula boleh mendorong individu untuk mencipta kejayaan Contohnya, seorang pelajar yang takut dimarahi ibu bapa jika tidak berjaya dalam peperiksaan akan mendorong dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh. Saya suka memetik kata-kata Hans Selve berkaitan stress iaitu ”Stress adalah asam garam kehidupan. Tanpanya adalah kematian.”
Soalan : Faktor terjadi tekanan?
Prof Izzi : Terdapat banyak faktor yang menyebabkan tekanan antaranya ialah :
- Ancaman fizikal seperti diugut dan dicederakan.
- Ancaman terhadap imej diri seperti jerawat di muka, kecacatan kekal misalnya kudung tangan dan lain-lain.
- Agenda penting yang dilalui oleh seseorang; perkahwinan dan berucap di khalayak ramai.
- Persekitaran yang negatif seperti kebisingan yang melampau, kepanasan yang keterlaluan, asap yang menyukarkan penglihatan dan pernafasan.
- Konflik dengan seseorang atau pihak tertentu.
- Perubahan yang kerap berlaku seperti bertukar kerja, berpindah rumah, kehilangan kawan dan sebagainya.
- Terpaksa menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang singkat atau terpaksa melakukan kerja yang lebih dari sepatutnya.
- Kehilangan seseorang atau sesuatu yang amat disayangi atau dicintai iaitu ibu bapa, adik beradik dan kekasih hati.
Soalan : Boleh Prof. klasifikasikan kategori individu yang paling banyak dan kerap diserang tekanan?
Prof Izzi : Agak sukar untuk dinyatakan tetapi memandangkan perempuan ’lebih beremosi’ dan menggalas banyak tanggungjawab kerana dalam masa yang sama bekerjaya, menguruskan rumah dan anak-anak (walaupun mempunyai pembantu), jadi tidak mengejutkan sekiranya mereka lebih mudah menerima tekanan. Di pihak lelaki pula, tekanan yang dihadapi biasanya melibatkan hal kerjaya dan tugas sebagai ketua keluarga (bagi mereka yang sudah berkahwin).
Soalan : Bagaimana cara ’mangsa tekanan’ meluahkan tekanan yang dialami olehnya?
Prof Izzzi :Cara yang paling baik dan mujarab ialah dengan menyatakan masalah yang dihadapi kepada seseorang. Walaupun individu itu tidak mampu membantu menyelesaikan masalah tersebut, sekurang-kurangnya luahkan segala rasa di jiwa. Ada juga individu yang berasa malu untuk bercerita dengan manusia dan memilih untuk bercakap dengan tumbuhan mahupun haiwan peliharaan. Tidak mengapa, yang penting luahkan masalah itu. Selain itu, sekiranya mempunyai kekuatan, berbincanglah dengan pihak yang boleh menyelesaikan tekanan yang melanda. Seterusnya, dekatkan dirinya dengan Tuhan. Banyakkan berdoa dan melakukan ibadat sunat seperti Qiamullail dan amalan-amalan sunat yang lain.
Soalan : Pendekatan atau cara yang digunakan untuk menangani gejala tekanan.
Prof.Izzi : Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dngan mengetahui punca stress. Punca hendaklah ditangani dengan berkesan. Oleh itu setiap individu perlu mengamalkan pendekatan berikut agar tekanan dapat dikawal sebaik mungkin.
- Banyakkan berehat.
- Merangka jadual harian dengan mengutamakan apa yang penting.
- Bersikap relistik. Buat apa yang termampu.
- Banyakkan bergaul dengan mereka yang positif.
- Tingkatkan keupayaan menyelesaikan masalah dengan menangani puncanya.
- Rajin-rajinkan diri bersenam dan berekreasi.
- Luahkan masalah kepada pihak yang sepatutnya dan boleh dipercayai.
- Pengukuhan terhadap diri bahawa kita sentiasa mempunyai pilihan. Pilih yang terbaik untuk diri.
- Bercuti.
- Berfikiran positif. Terima masalah sebagai cabaran dan peluang. Bukannya suatu tekanan.
- Berjumpalah dengan pakar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- Banyakkan berdoa dan bersolat (bagi orang beragama Islam). Ibarat kata Dale Carnegie, ”Doktor-doktor dalam ilmu kejiwaan mengatakan keimanan yang mendalam dan berpegang teguh kepada ajaran agama sudah cukup untuk mengalahkan kegelisahan dan ketegangan uraf saraf yang seterusnya boleh menyembuhkan panyakit itu”
Soalan : Kesan tekanan terhadap diri?
Prof. Izzi : Impak yang bakal oleh mereka yang terlalu tertekan melibatkan aspek rohani dan jasmani. Antaranya sesak nafas, sakit kepala, risau, emosional, sakit-sakit, sasau, mudah letih, mudah kecewa, hilang selera makan, mudah marah, sukar tidur, murung, gugup, sukar menyelesaikan rutin harian, tekanan darah tinggi, sistem imun badan lemah, mudah lupa, terlibat dengan jenayah (pukul, mencederakan orang, samun dan sebagainya), suka menyalahkan takdir dan lain-lain lagi.
Soalan : Senario tekanan di kalangan remaaja masa kini. Bagaimana Prof. melihatnya? Semakin membimbangkan atau berada di tahap stabil?
Prof. Izzi : Mengikut pemerhatian saya sebenarnya masih ramai lagi remaja di luar sana yang rajin mendekatkan diri kepada Tuhan dengan menghadiri majlis ilmu (agama/motivasi) dan ke masjid untuk solat berjemaah serta terlibat dengan aktiviti keagamaan. Pun begitu terdapat sebilangan darinya yang mengambil jalan mudah untuk menangani tekanan seperti mengadakan hubungan persahabatan dengan kawan-kawan yang negatif. Ada yang kerap mengunjungi pusat hiburan, mengambil pil khayal, melibatkan diri dalam pergaulan serta seks bebas.
Soalan : Nasihat dari Prof. untuk remaja yang mengalami tekanan perasaan dan sedang berusaha mengatasinya.
Prof. Izzi : Mudah saja. Apa yang penting jangan ambil jalan mudah dengan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kehendak ibu bapa, agama dan peraturan negara. Bagi remaja yang beragama Islam, rapatkan diri dengan Allah. Berusahalah untuk mengelakkan diri dari berkawan dengan individu yang mengamalkan tingkah laku negatif kerana mereka berkecenderungan memberi cadangan yang juga negatif. Selain itu, jangan mudah berputus asa dan ingatlah selagi hidup di dunia ini, kita semua bakal berhadapan dengan masalah sama ada kecil ataupun besar. Bezanya ialah bagaimana seseorang individu itu berusaha untuk mengatasinya dan mencari jalan keluar dari terus dibelenggu oleh masalah tersebut. Akhir kata, renung-renungkan dan selamat beramal.
6 tips elak tekanan & ceriakan hidup!
- Biarkan sesuatu itu berlalu! Contohnya hubungan dengan pasangan. Jika hubungan telah diputuskan maka terimalah dan teruskan kehidupan baru kamu. Ingatlah kamu telah mampu hidup dengan baik sebelum kehadirannya.
- Bersikap positif terhadap sesuatu yang dihadapi.Contohnya remaja yang berhadapan masalah ibu bapa bercerai berai perlu menerima ia sebagai takdir dan mengambil peluang tersebut untuk menjadi seseorang yang mampu berdikari (kurang bergantung kepada ibu bapa) serta mempunyai daya juang yang tinggi (disebabkan mungkin beberapa tanggungjawab keluarga yang perlu dipikul). Dengan itu, kamu akan menjadi cepat matang.
- Banyakkan bersabar.
- Terima sesuatu yang di luar kawalan kamu seperti tindakan seseorang yang tidak berminat menjalinkan hubungan (persahabatan atau percintaan) dengan kamu.
- Jangan berkurung di dalam bilik. Bergaul dan berinteraksilah secara positif.
- Baca, tonton, dengar dan bercakap berkenaan bahan yang melucukan kamu. juga berkawan dengan individu yang ceria kerana emosi mudah berpindah.
[Disalin semula dari majalah REMAJA, 1 September 2007, bil: 505, hh 126-127]
DaLaM PosTingku sebelum ini, telah aku sisipkan artikel yang menjelaskan keperibadian yang cemerlang dan terbilang. Dapat merobohkan kota Konstantinople, ibu kota Empayar Byzantium di Timur yang telah diusahakan oleh para sahabat, seterusnya para khalifah Umaiyah, Abbasiyah hinggalah ke zaman Uthmaniyah. Tokoh terbilang ini merupakan jelmaan ungkapan “ruhban filLail wa fursan fin Nahr” [pengabdi diri kepada ILahi di malam hari dan kuda perang di siang hari]
FiLeM animasi ini diharap memberi inspirasi dalam memburu kenyataan. Merealisasikan impian dan cita-cita menjadi realiti. Angan-angan sahaja tidak cukup mesti ada perancangan, sasaran, tempoh masa yang perlu dicapai merealisasikannya, tenaga fizikal, emosi, minda mesti bersedia dan bersiap siaga. Insya AlLah kejayaan akan dirangkul.
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
TQ 4 watching this movie.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sandakan disambut pada 11 Jun 2009 di SM Yu Yuan. Pelbagai aktiviti dianjurkan bersempena sambutan tersebut antaranya pertandingan pidato guru yang diadakan di SMK Merpati, Sandakan pada 4 Jun 2009. Di antara pengisian program Sambutan Hari Guru ialah anugerah tokoh guru dalam kurikulum dan kokurikulum, sekolah cemerlang dan sebagainya.
Tika kulayari dengan netbook di laman sesawang, terjumpa satu artikel yang sangat menarik, membakar semangat, menyiram minda dengan kesegaran bahan bacaan yang bermotivasi dan mendidik jiwa. Semoga manfaat dan ‘buah yang ranum serta segar’ dapat dihadam oleh hati dan minda kita semua. “Amiin, kami berserah pada-Mu ILahi agar dikurnia ilmu dan kefahaman agamumu dan terus istiqamah di Jalan Yang Diredhai-Mu”
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;
a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter.
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter.
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal.
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter.
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.
Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat di letakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.
Konstantinople telah menjadi ibu kota Empayar Byzantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinople pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.
Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!
Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, seorang anak yang nakal.
Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.
Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil.
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal Al Qur’an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara’ dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama’. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunyalah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujjah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.
Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinople dimulakan, Muhammad Al Fatih telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisa. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.
Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;
a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.
Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinople dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang.
Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns. Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu. Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.
b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.
Sultan Muhammad telah mencipta satu pelan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.
Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota.
Pada hari pembukaan Kota Kontantinople yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur. Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinople akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara’, tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka.
Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur’an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.
Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.
Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain. Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi. Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerintahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai. Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinople.
Sumber :weblog Husam Musa [26 Mei 2009]
Salah satu daripada Asmaul Husna adalah ghafur atau pengampun. Dalam ayat al-Quran menjelaskan bahawa Allah swt Maha Pengampun dan Maha Penyayang,iaitu kalimat BismilLahir Rahmanirrahiim [Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang]. Kamus Dewan mendefinisikan maaf sebagai berikut : 1.Kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb) 2. Ampunilah.
Kalimah maaf merupakan kesediaan dan rela memberikan keampunan, melupakan kesalahan dan dosa orang yang telah menyakiti, menzalimi dan/atau menganiaya diri kita dengan lapang dada, fikiran terbuka tanpa rasa dendam di hati nurani. Martabat orang memberikan kemaafan lebih mulia dan terhormat berbanding dengan orang yang asyik meminta maaf dan ampun tanpa kesudahan.Ini kerana amat mudah memohon ampun atau meminta maaf tapi sukar sekali untuk memberikan keampunan dan kemaafan, terutama jika telah menerima kesan trauma dahsyat dan telah bersarang kebencian di hati nurani.
Dalam buku fadilat Asamaul Husna, Sesiapa yang mengamalkan zikr ”Ya Ghafur” dapat menyembuhkan penyakit sakit kepala, demam dan dukacita. Zikr asmaul husna ini hendaklah dibaca berulang kali dengan penuh keyakinan dan keikhlasan untuk mendapatkan manfaat dan kelebihannya.
FiLeM yang diadaptasi daripada sebuah novel hasil karya Andrea Hirata. Mengisahkan perjuangan dan ranjau onak yang harus ditempuh oleh orang yang bergelar murid dan pendidik. Walaupun sekolah amat jauh, demi mendapatkan ilmu sanggup ditempuh biar pun buaya tembaga melintang di jalanan menghalangnya untuk melimpas kerana tiada jalan lain. Pendidik yang gigih nda kenal putus asa walaupun prasarana serba kekurangan namun tarbiyah & pendidikan merupakan usaha yang mulia kerana ia membangun manusia jiwanya, nuraninya, mindanya dan budinya kepada bakal pelestari dan pemimpin masa muka kelak. ‘Hikmah dapat dimanfaat oleh kejernihan minda dan kelapangan kalbu’
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Saat mula digelar guru adalah sewaktu aku mula melapor diri di sebuah sekolah menengah di salah sebuah estet kelapa sawit Golden Hope Plantations yang tersohor di sebuah negeri yang terkaya dan termaju di Malaysia. Tika itu awal tahun 1995, aku melapor diri di sekolah itu yang perjalanannya terpaksa melalui jalan tanah merah setelah menyeberang jambatan merentasi Sungai Langat. Jika di hari panas debu-debu merah itu dengan rakusnya menyapu dan menampar-nampar dimukaku dan seluruh pakaianku, tapi mujurlah aku memakai jacket ’wind breaker’. Kalau tidak nescaya merahlah mukaku dengan debu tanah begitu juga motosikal pertamaku Yamaha 80cc. Itu jika cuaca panas, kalau hujan turun lagi terseksa kerana jalan berlumpur, berselut, licin dan kalau nasib tidak baik boleh tergelincir atau terjatuh motorsikal.
Murid-murid yang bersekolah di sini tidak ramai jumlahnya tidak sampai pun 200 orang, manakala gurunya pula hanya beberapa belas orang sahaja termasuk diriku ini. Mereka terdiri daripada anak-anak pekerja estet yang hampir 80 % orang India, diikuti oleh orang Melayu, orang Asli suku Mahmeri dan juga orang Cina yang cuma beberapa keluarga sahaja. Di sini juga terdapat perkampungan Melayu dan perkampungan orang Asli yang menjadi salah satu tempat tumpuan dan lawatan pelancong kerana hasil kraftangan kaum Mahmeri yang unik dan menarik hati terutama hasil patung kayunya serta pertunjukkan budaya adat resam mereka.
Sepanjang memberikan khidmat terbaik di sini dapat aku perhatikan budaya anak-anak estet ini amat kental dan tidak mudah patah semangat atau patah hati. Para guru amat dihiormati oleh penduduk estet ini walaupun anak mereka dibelasah dengan rotan oleh guru di sekolah, tidak pula ibu bapa mereka menyerang atau menyaman para guru di sekolah. Keinsafan dihati timbul meliahat mereka sanggup hadir ke sekolah walaupun dengan berjalan kaki hampir 2 hingga 3 batu. Kadang-kadang aku membonceng mereka jika tidak membonceng GPK keluar ke jalan besar.
Mereka dahagakan ilmu pengetahuan dan mengejar impian untuk memperbaiki taraf hidup mereka supaya lebih baik. Hanya dengan ilmu pengetahuan dan menjadi terpelajar sahajalah salah satu jalan untuk keluar daripada keperitan dan kesusahan hidup yang mereka alami itu. Demi menikmati kesenangan di hari muka kelak segala kepayahan dan kesusahan sanggup di hadapi. Pujangga sering berbicara ”kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”.
Biarpun mereka lewat tiba di sekolah mereka tidak dihalau pulang kerana kami memahami kesanggupan mereka datang ke sekolah merupakan satu pengorbanan besar dan amat bernilai untuk diletakkan harga atau bandingan material. Itulah semangat anak-anak estet untuk menimba ilmu pengetahuan dan mendapatkan pelajaran yang sewajarnya diambil iktibar oleh kita semua. ”Berat mata memandangkan berat lagi bahu yang memikul”.
Aku hairan sungguh mendengar rungutan anak-anak masa kini yang enggan ke sekolah dengan alasan tinggal jauh, tiada kemudahan bas, tiada duit untuk tambang dan makan, tapi boleh plak top up @ reload Hpnya atau melepak di Mall dan Cyber Cafe, makan pulak di tempat yang agak mahal seperti Hawai Restoran, KFC, Pizza Hurt dan entah apa lagi la. Baru kusedar masalah sosial makin celaru, disiplin haru biru, adab sopan hilang entak di mana, tutur kata hantam keromo hilang tata susila dan rasa hormat. Murid menjadi raja dunia, ”if you touch me, see you in court”. Wah begitu jadinya, ibu bapa ketika melihat report card yang banyak merah dari birunya dibilang gurunya tak reti mengajar dan meminta diambil tindakan, kalu tidak akan disaman atau dipaparkan di dada media massa. Bila ‘barang haram’ dirampas ibu bapa datang ke sekolah marah-marah dan menghambur kata-kata yang padas dan brutal. Benarlah bijak pandai dulu pernah bilang ”Bapa borek, anak rintik. Kalau guru kencing berdiri anak muridnya kencing berlari pula’. Jadi siapa yang harus dipersalahkan … Aku? Kau? Masyarakat? Pemimpin? atau siapa lagi? Bagaimana penyelesaian? Pendekatan psikologi? Pendekatan Sepaklogi? Pendekatan Rotanologi? Pendekatan Islamik? Fikr and Zikr about this matter.